Wednesday, March 7, 2012

SBPA Dibatalkan !!!!


Hehehe....aku sebagai salah seorang penjawat awam, ketawa kecil baca ni. Bukan apa, sebelum ni kakitangan awam dah berbalah-balah disebabkan isu SBPA. Buat yang tak tahu tentang isu ni, ada sedikit petikan dari http://www.ammboi.com :

"Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Jan 2012 dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik. Perdana Menteri juga mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan untuk penjawat pada masa depan.

Perdana Menteri juga mengumumkan :

  • Pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54
  • Bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus)
  • Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan
  • Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus)
  • Jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.
  • Kenaikan Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.

Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman itu pada perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Berkenaan isu SBPA dan SSM ini memang sudah lama sangat baru selesai, namun ianya belum selesai sepenuhnya lagi selagi kita tak lihat sendiri Lampiran C yang dikhabarkan bakal menjadi struktur baru gaji penjawat awam dengan pengekalan SSM itu.

Isu bayaran tunggakan bermula 1 Januari 2012 juga kirim salam sahajalah. Dah namanya SBPA dibatalkan maka sudah tentu tunggakannya pun dibatalkan jugak. Pastinya ia boleh dianggap sebagai tidak adil untuk penjawat awam apatah lagi tempoh masa menunggu ini sepatutnya penjawat awam (yang gaji SBPA terdahulu naik banyak) sudah menerima kenaikan gajinya dengan gembira dan suka hati.

Apapun syukur tetap kena bersyukur. Cuma sedikit pesanan kepada pihak yang ‘berkenaan’, lain kali kalau nak buat sesuatu tu bawalah berbincang. Jangan main syok sendiri sahaja. Sekarang kesibukan anda berbulan-bulan tu hanyalah sia-sia sahajalah."


Masa ura2 dulu yang CUEPACS mintak kerajaan naikkan gaji kakitangan awam sampai RM1800, aku dah argue dengan rakan2 sejawatan. Aku rasa permintaan tu tak logik...kalau berdasarkan pendapatan negara kita sekarang ni, memang tak mampu. Tapi mereka beria-ia mengatakan tuntutan itu patut, dan macam-macam la alasan depa bagi, termasuk isu BR1M pun depa heret sekali ( which is a moot point actually, sebab BR1M mekanisme pembayaran dia tak sama dengan pembayaran gaji kakitangan kerajaan yang lebih bersifat kekal ).

Tapi cam biasala, bila kita argue benda yang tak best, apatah lagi melibatkan gaji, ramai la yang melenting, sampai fakta depan mata pun dah tak dipedulikan. Aku ingat lagi, lepas dah malas dengar depa menegakkan benang basah, aku cakap "Bukan apa, aku tak mau CUEPACS ni terlampau mendesak kerajaan dengan berbagai demand, last2 nanti Datuk Najib kata, sudahlah! Batal je la SBPA ni kalau banyak sangat cengkadak!". Dan balas depa "Takkan la dah announce boleh batal...hahahaah!".

La ni, terima je la apa yang dapat dengan penuh kesyukuran....Allah dah bagi rezeki tu gunakan sebaiknya. Takdakla sampai RM1800, tapi memadai.

Dan pada yang sempat buat loan guna payslip SBPA yang 'terlepas' beberapa bulan yang lepas...kalau dah lebih 60% potongan tu, sendiri mau ingat, jangan dok gebang kat meja kantin dok bising gaji tak cukup ye....



6 comments:

birudamai said...

Salam Tuan.
Aku sebenarnya langsung tak tau apa benda diperkatakan sebab aku kerja swasta...
Cuma aku setuju ngan hang.
Manusia ni diberi segunung emas pun tak cukup lagi maka
bersyukurlah dengan apa yang ada.
He he he

p/s:Sebenarnya benang lagi senang ditegakkan bila basah.Tak percaya cuba masukkan kat jarum.Kan kita basahkan dulu?

boyarque said...

Bukan benda tu ja senang cucuk bila basah......KAKAKAKAKAKAKAKAK!

Timakasih sudi landing abe birudamai :P

birudamai said...

Ha ha ha
:-)

cantekk said...

lantak la nak batal ke ape, yg penting naik. sikit ke byk, janji ada =D oh,,,cepat la gaji bulan 4,,tsiksa btol 2bulan ni..

*cuepacs, jgn nk lelebih ea,,mympah tau.

boyarque said...

hahaahah...tau takpe, kan?

Cik Seli said...

mane entry baru ni?

^_^