Showing posts with label Sekadar renungan bersama.... Show all posts
Showing posts with label Sekadar renungan bersama.... Show all posts

Wednesday, March 7, 2012

SBPA Dibatalkan !!!!


Hehehe....aku sebagai salah seorang penjawat awam, ketawa kecil baca ni. Bukan apa, sebelum ni kakitangan awam dah berbalah-balah disebabkan isu SBPA. Buat yang tak tahu tentang isu ni, ada sedikit petikan dari http://www.ammboi.com :

"Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Jan 2012 dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik. Perdana Menteri juga mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan untuk penjawat pada masa depan.

Perdana Menteri juga mengumumkan :

  • Pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54
  • Bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus)
  • Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan
  • Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus)
  • Jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.
  • Kenaikan Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.

Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman itu pada perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Berkenaan isu SBPA dan SSM ini memang sudah lama sangat baru selesai, namun ianya belum selesai sepenuhnya lagi selagi kita tak lihat sendiri Lampiran C yang dikhabarkan bakal menjadi struktur baru gaji penjawat awam dengan pengekalan SSM itu.

Isu bayaran tunggakan bermula 1 Januari 2012 juga kirim salam sahajalah. Dah namanya SBPA dibatalkan maka sudah tentu tunggakannya pun dibatalkan jugak. Pastinya ia boleh dianggap sebagai tidak adil untuk penjawat awam apatah lagi tempoh masa menunggu ini sepatutnya penjawat awam (yang gaji SBPA terdahulu naik banyak) sudah menerima kenaikan gajinya dengan gembira dan suka hati.

Apapun syukur tetap kena bersyukur. Cuma sedikit pesanan kepada pihak yang ‘berkenaan’, lain kali kalau nak buat sesuatu tu bawalah berbincang. Jangan main syok sendiri sahaja. Sekarang kesibukan anda berbulan-bulan tu hanyalah sia-sia sahajalah."


Masa ura2 dulu yang CUEPACS mintak kerajaan naikkan gaji kakitangan awam sampai RM1800, aku dah argue dengan rakan2 sejawatan. Aku rasa permintaan tu tak logik...kalau berdasarkan pendapatan negara kita sekarang ni, memang tak mampu. Tapi mereka beria-ia mengatakan tuntutan itu patut, dan macam-macam la alasan depa bagi, termasuk isu BR1M pun depa heret sekali ( which is a moot point actually, sebab BR1M mekanisme pembayaran dia tak sama dengan pembayaran gaji kakitangan kerajaan yang lebih bersifat kekal ).

Tapi cam biasala, bila kita argue benda yang tak best, apatah lagi melibatkan gaji, ramai la yang melenting, sampai fakta depan mata pun dah tak dipedulikan. Aku ingat lagi, lepas dah malas dengar depa menegakkan benang basah, aku cakap "Bukan apa, aku tak mau CUEPACS ni terlampau mendesak kerajaan dengan berbagai demand, last2 nanti Datuk Najib kata, sudahlah! Batal je la SBPA ni kalau banyak sangat cengkadak!". Dan balas depa "Takkan la dah announce boleh batal...hahahaah!".

La ni, terima je la apa yang dapat dengan penuh kesyukuran....Allah dah bagi rezeki tu gunakan sebaiknya. Takdakla sampai RM1800, tapi memadai.

Dan pada yang sempat buat loan guna payslip SBPA yang 'terlepas' beberapa bulan yang lepas...kalau dah lebih 60% potongan tu, sendiri mau ingat, jangan dok gebang kat meja kantin dok bising gaji tak cukup ye....



Sunday, October 23, 2011

So, anda gemar membaca?

Hi all...lama dah tak update blog ni...bz semedang...

Mana taknya, ofis sibuk dengan 5S. Haih....

Anyways, antara hobi aku yg lain adalah aku suka membaca. Komik, novel, ensiklopedia, apa2 jelah yang menarik. Walau dgn medium sekarang yang makin canggih seperti Blu-ray lah, wayang 3D la, IMax la....membaca pada aku still jadi pilihan.

Mana taknya, aku ni penakut citer2 seram dan ganas. Ganas ni pada aku sampai tahap mayat bersepai, berdarah, kaki kepala tercabut....heh, tapi dgn membaca, aku boleh experience semua ni. In fact, aku kalau terlalu khusyuk membaca, sampai tahap aku boleh visualise citer-citer tu semua dalam kepala.

Ok lah, sebenarnya aku nak berkongsi dengan korang semua beberapa link yg menarik, boleh buat layan sementara tunggu waktu rehat atau masa-masa kerja tengah tak banyak tu kan. Ye la, baik membaca dari mengumpat, ye tak? Kui3...

Nah!:
Graphic Novel ; dan

Batman vs The Thing?

See ya!

Thursday, July 14, 2011

"13 Alasan Tipikal Wanita Yang Enggan Menutup Aurat"

Dipetik dari email yang diterima dari seorang sahabat, boleh dijadikan panduan untuk diri kita semua.


"13 Alasan Tipikal Wanita Yang Enggan Menutup Aurat"

Salam A'laik. Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?

-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.

-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat.

-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.

-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.

-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.

-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.

-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.

-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)

-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..

-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.

-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.

“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

: Menegur memang ada caranya.. Maaf jika aku terlalu kasar dalam menegur.. Manusia.. Tak pernah lari daripada kesilapan.. So, terima kasih pada yang menegur. Aku tidak akan sama sekali melenting. Aku bersyukur bila ada yang menegur sebab itu tandanya orang sayangkan kita.. =)

Hanya sekadar renungan....

Tuesday, July 12, 2011

M.A.L.A.S

Assalamualaikum...

Malas...



Entah kenape, semenjak dua menjak ni, tetiba je malas update blog...

Bukan takde masa...

Bukan takde idea...

Banyak je benda nak taip, nak sembang-sembang, nak sharing...

Tapi, bila bukak je PC......mehhhhh.....

So, banyak toy review on hold...banyak kisah tak dapat dicerita....lek lu aaaa, sap kok luuuuu...

p/s: Sapa ada ubat malas, tolong kirim sama gua aaaaa....

Saturday, June 11, 2011

X Men : First Class.....A Class Of Its Own

Hi guys n gals! Aku tak pernah buat entry pasal movies nih, tapi kali ni aku cam terpanggil lak untuk mengomen/mengomel. Well, dari tajuk entry je korang dah boleh tau, aku baru tengok citer X Men terbaru ni. Berbeza dari siri X Men sebelum ni, ini adalah prequel/reboot.

Prequel kerana dia menceritakan macam mana X Men ni bermula, reboot kerana Penerbit dan Pengarah mahu mengolah cerita X Men semual, selepas cerita yg agak 'phail' pada siri X Men Last Stand.
.
Ramai tahu X Men diketuai oleh Profesor Charles X. Xavier dan Brotherhood of Evil oleh Magneto, tapi mungkin ramai tidak tahu asalnya mereka adalah rakan karib....agak tragik kan? Well, cerita kali ni pengarah explore dengan lebih mendalam perhubungan akrab antara mereka berdua ini, dan juga hubung kait dengan karekter2 lain ( hint: Bakal makbapak NightCrawler ada dalam citer ni ;p).

Setting cerita dibuat sekitar tahun 60-an, lengkap dengan senario politik dan masalah sosial semasa. Kalau korang perasan, ramai pengkritik bebas tak puas hati dengan elemen-elemen racism yg wujud dalam cerita kali ni ( aku tak mau reveal, korang tengok sendiri baru puas, heheeh ), tapi tu la, kang aku cakap depa ni mengong, marah...tapi, again, THIS MOVIE TAKES PLACE IN THE 60's, YA FOOLS!!!

Memang la era tu, terlampau banyak berlaku diskriminasi kaum dan gender! And the director and actor sure play their parts well! Kudos to Michael Fassbender dan juga Kevin Bacon, sebab dialog2 mereka, yg memainkan emosi karekter lain, telah menyebabkan the 'so-called' critics bising! Hahahaah....

Anyways, aku boleh katakan kali ni, efek khas tidak segempak tiga siri movie X Men yg awal, tetapi takpe, sebab ini menyebabkan kita dapat memberi perhatian penuh kepada plot, character development dan krisis dalaman yang mereka hadapi, serius!

Dan tidak lengkap sesuatu movie kalau tidak ada cameo kan? Hehehe...korang jangan sekali-kali kelip mata sepanjang movie ni, ada je benda yang berkait.....

Finally, aku takmo citer lebih2, nanti yang belum tengok jadi spoil la pulak kan...so cukup setakat aku boleh bagi 4.5/5 bintang...it's that good!

Thursday, June 2, 2011

What's $ 50 To You?

Got this email from a friend. It is actually a 'chain-mail' spam, but I found the story touching nonetheless, so maybe it's worth it to share with all of ya.....




A woman came home from work late, tired and irritated, to find her 5-year
old son waiting for her at the door.

SON: 'Mummy, may I ask you a question?'
MUM: 'Yeah sure, what it is?' replied the woman.
SON: 'Mummy, how much do you make an hour?'
MUM: 'That's none of your business. Why do you ask such a thing?' the woman
said angrily. SON: 'I just want to know. Please tell me, how much do you make an
hour?'
MUM: 'If you must know, I make $ 50 an hour.'
SON: 'Oh,' the little boy replied, with his head down. 'Mummy, may I
please borrow $ 25?'

The mother was furious, 'If the only reason you asked that is so you can
borrow some money to buy a silly toy or some other nonsense, then you march
yourself straight to your room and go to bed. Think about why you are being so
selfish. I don't work hard every day for such childish frivolities...'. The
little boy quietly went to his room and shut the door. The woman sat down and
started to get even angrier about the little boy's questions. How dare he ask
such questions only to get some money? After about an hour or so, the woman had
calmed down, and started to think: Maybe there was something he really needed to
buy with that $ 25 and he really didn't ask for money very often.

The woman went to the door of the little boy's room and opened the door.
'Are you asleep, son?' She asked.
'No Mummy, I'm awake,' replied the boy.
'I've been thinking, maybe I was too hard on you earlier' said the woman.
'It's been a long day and I took out my aggravation on you. Here's the $ 25 you
asked for.'
The little boy sat straight up, smiling. 'Oh, thank you Mummy!' he
yelled. Then, reaching under his pillow he pulled out some crumpled up bills.
The woman saw that the boy already had money, started to get angry again.
The little boy slowly counted out his money, and then looked up at his mother.
'Why do you want more money if you already have some?' the mother grumbled.
'Because I didn't have enough, but now I do,' the little boy replied.
'Mummy, I have $ 50 now. Can I buy an hour of your time? Please come home early
tomorrow. I would like to have dinner with you.'

The mother was crushed. She put her arms around her little son, and
she begged for his forgiveness. It's just a short reminder to all of you working
so hard in life. We should not let time slip through our fingers without having
spent some time with those who really matter to us, those close to our hearts.
Do remember to share that $ 50 worth of your time with someone you love. If we
die tomorrow, the company that we are working for could easily replace us in a
matter of hours. (Very True) But the family & friends we leave behind will
feel the loss for the rest of their lives.

Wednesday, December 29, 2010

AFF Suzuki CUP 2010: Malaysia Menang?

Yes....itulah kenyataannya. Aku mengaku, aku antara yg skeptik dgn Pasukan Malaysia setiap kali mereka turun padang. Mana taknya, tak konsisten langsung! Jumpa pasukan kuat boleh menang, tup2 pastu jumpa team belasahan boleh kalah pulak. Semangat aku pada pasukan bola Malaysia luntur sedikit demi sedikit bermula pada tahun 90an hingga baru-barui ini. Tamparan hebat kepada aku ialah bila batch Azizul Abu Haniffa ramai yg kantoi jual game ( aku penyokong Peraf FC). Hero yg aku puja-puja rupanya....haih...

So bila berita tentang penyertaan Malaysia dalam AFF Suzuki Cup ni, aku macam...mehhh. Can't blame me, in fact many Malaysian pun rasa benda yg sama...kecewa bila kita beri harapan, dibalas dengan persembahan hambar.

Namun, last game Malaysia bertemu Indonesia di Bukit Jalil, well, yes kita menang 3-0...tapi bukan itu yg menarik perhatian aku, tapi corak permainan Malaysia! Young, energetic players under Coach Rajagobal show their maturity throughout the game! Corak serangan yg agak inventif membolosi barisan pertahanan Indonesia berkali-kali. Buat pertama kali, aku memuji permainan Malaysia.

Jadi menuju ke perlawanan akhir di Stadium Gelora Bung Karno, aku dah mmg 'hyped-up', dan ternyata perlawanan semalam tidak mengecewakan. Permainan penuh semangat kesukanan, dan pemain kedua-dua pasukan tidak mudah melatah atau respon bila dikasari...cam ni la baru pro! Walau Malaysia kalah game semalam, tapi still antara game terbaik aku saksikan oleh Pasukan Malaysia. Dan dari segi aggregatnya kita menang 4-2. Mungkin ini era kebangkitan bolasepak Malaysia? Aku tak mau terlalu berharap, tapi yes, aku berperasaan positif....

Well, I was proven wrong for doubting Malaysia...and I'm glad...

Sunday, December 12, 2010

AKU, KAU BERBEZA... AKU, KAU ISTIMEWA...

Email ini diterima dari seorg sahabat yg ingin berkongsi ilmu, jadi saya abadikan (cewahhh) di blog ini, moga sama-sama kita dapat manfaatnya:


AKU, KAU BERBEZA... AKU, KAU ISTIMEWA...

LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni.... pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..) Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawab kan terhadap 4 wanita :

1. ibunya ,

2. isterinya ,

3. anak perempuannya ,

dan 4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :

1. suaminya,

2. ayahnya,

3. anak lelakinya

dan 4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja : 1. sembahyang 5 waktu 2. puasa di bulan Ramadhan 3. taat suaminya dan 4. menjaga kehormatannya . Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita .... Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin... maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. . supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.. "Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103) Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Thursday, December 9, 2010

Jangan terlalu mencari KESEMPURNAAN

Something my ex girlfriend emailed me....Ironically, this article assures me that letting her go was the right choice..


Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail,hendaklah
kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN iasemula ke
dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanyaketajaman mata
kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga
........
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPANkepada seseorang...Setelah ia
mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu
meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan
bersamamudan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia
mengingatmu....
Jika kamu menadah air biarlah berpada,jangan terlalu
mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....cukuplah
sekadar KEPERLUANmu...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu
menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....
Sedangkan jika kamu cuba
memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu
memiliki seseorang,TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....
Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk
menerimanya....akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu
MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....
Jika
kamu telah memiliki sepinggan nasi...yang kamu pasti baik untuk
dirimu.Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah,cuba mencari makanan
yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu
tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...Mengapa kamu berlengah,cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..Kamu juga yang akan MENYESAL...