Thursday, February 10, 2011

Mintak tolong? Please? S'il vous plait?


TOLONG....satu perkataan yg dengarnya simple, tapi susah nak di zahirkan. Nak mintak pun susah, nak beri lagi la....
Kalau perkataan 'TOLONG' tu disertakan dgn nada seruan, ia mungkin bermaksud anda baru sajer dicopet dan mahu bantuan orang ramai. Tapi itu pun sebenarnya susah gak...tambah2 lak yang suara emas cam aku ni. Korang mungkin anggap pelik, tapi bagi aku, nak menjerit mintak tolong pon boleh jadi isu besar. Perlu ke jerit cam dalam drama TV? Nak laung ke nak mendatar? Suara aku vibrator dah cukup control ke? Kalau aweq cun datang tolong, sempat tak aku nak mintak berkenalan? Nafas aku berbau tak? Iskkk...macam-macam la dalam benak paler aku ni. Dan memang, suatu hari aku terkena kejadian yg sepatutnya aku meminta pertolongan.
Kenapa aku cakap sepatutnya? Camni...citer ni berlaku lama dah, masa aku MASIH berkahwin, heheeh... Aku nak gi Maybank Taipan USJ, nak tunaikan cek claim. Time aku pegi tu dah tengah hari, so sapa2 yg tau area Taipan, boleh tau la, nak cari parking boleh menanah kepala otak. So terpaksa aku parking kat bahu jalan utama bertentang Maybank tu. Tepi jalan tu ada parit besar GILA. Kalu nak access ke jalan masuk Maybank tu, aku kena stret keatas lagi dan u-turn ke bank tu. Hari tu punya la panas, so tetiba aku jadi malas. Ah, langkah jer la longkang ni. Aku pun dgn konpiden pergi ke parit tu dan melo... Sebelum tu, dalam apa2 aktiviti sukan, ada beberapa perkara yg akan mempengaruhi prestasi anda:
1. Pakaian - pastikan anda memakai pakaian yang sesuai bagi memastikan sesuatu aktiviti itu dapat dilakukan dgn lancar dan efisien.
2. Kecergasan - Fitness kater org kampung teman. Supaya badan dan otak anda berada pada tahap optima sebelum melakukan apa2 aktiviti.
3. Cuaca - Suhu panas boleh mempengaruhi daya fikiran dan judgement anda.
K, sambung cerita tadi ..mpat parit tu. Malangnya, ketiga-tiga point aku kat atas tu takder kat aku. Masa tu cuaca mmg panas, aku nampak jarak parit tu kocik jer...boleh sekali lompat. Padahal bila aku dah start lompatan aku, baru perasan...BOSA EH KAU!!!! Pastu aku pakai jeans yg agak londeh, so bila aku cuba lebarkan lagi kangkang aku utk sampai tebing sana, ia tersangkut dek cutting seluau! Pastu, dah la badan aku sehattttt, aku nyer lompatan tu tak gi jauh...masa tu baru aku perasan yg parit tu dalam ya amat! Siap otak aku boleh playback mcm2 gaya patah riuk aku nanti, kalau tak mati patah tengkuk. Nasib la, naluri survival semulajadi aku berfungsi...otomatik masa tgh jatuh tu, tangan aku mendepang dan men'GRAB' palang besi atas parit tu. BEDEBHAP! Badan aku swing dan menghentak dinding parit....tu pun selepas tulang kering aku dah kena dulu bucu parit yg kasar dan tajam. Berlubang kaki aku!
So, sampailah aku ke situasi aku bergayut pada palang besi tuh, dgn kaki berdarah....dan tak mampu nak naikkan badan aku ke atas (85kg kau!). So aku terpikir nak jerit minta tolong dari org ramai. "...tulung....", halus je suara aku keluar. Pastu aku tak berani dah. Terpikir benda2 aku cakap di atas tadi.
SO, nak tak nak, aku tarik nafas dalam2, dan dgn sekali henjut, berjaya melonjak badan aku keatas sehingga kaki aku boleh naik dan mencapai tebing parit tu.
Pastu dgn badan calar-balar, darah meleleh, pakaian comot, aku melangkah ke Maybank tu dan mintak jasa baik Customer Service tu utk bagi aku tunaikan cek tanpa beratur. Thank you ya miss, sorry bagi U terkejut hari tu. Tapi respek ah, dalam pada tu, dia boleh tenangkan diri dan sempat promote produk2 Maybank kat aku. Aku dalam dok menahan sakit, tapi sebab awek tu cun dan suara lemah lembut, layankan jer.....zasssss!
Moral of the story?: Awek CS Maybank Taipan cun....XD

3 comments:

Anonymous said...

waw...
tabahnye...

sll tacing sgt bile jmpe manosia tabah esepeseli man...

hahaha...(ampon reni);-D

err..berat sekarang brp?

boyarque said...

berat maintain...kui3...
seronot berjalan?

Anonymous said...

penat seh,,
9.30pm bwu smpai sini,,
da la ngn sore takde,,