Huh....Ganas kan gambo kali ni? Tapi serius, nampak je best, tapi seksa dowh pakai camni! Dgn panas, dgn berpeluh, dgn gatal2 kat hidung takleh garuk...... Tapi ini lah yg dapat membezakan askar yang mati serta askar yang dapat meneruskan perjuangan di medan perempuran kelak.
Dan aku pernah terselamat dari serangan gas beracun ni dulu, menyebabkan aku menyesal kerana tidak memakai topeng gas waktu tu.
Begini ceritanya....... Waktu tu aku masih di darjah enam, tahun 1987. Kejadian berlaku di sebuah rumah di Taman Bercham Jaya, Ipoh, Perak. Aku sekolah pagi. Kawan baik aku, Syam, jugak bersekolah pagi. Jadi, kerana ibubapa kami kerja fulltime, kami biasanya buat aktiviti sendiri antara tengah hari hingga petang. Pada zaman tu, Malaysia bukan cam sekarang, aman damai dan budak2nya pun berbudi pekerti...jadi makbapak masa tu tak risau tinggal kami kat rumah (cewah..).
Lepas sekolah hari tu, aku terus ke rumah Syam yg selang berapa blok je dari rumah aku. Boring ler katakan, harap2nya dia ada kat rumah. Sekali nasib baik daaa, bukan je dia, malah adik2 dia pon ada. Apa lagi, kami berempat (aku, syam, aman adik syam dan ijai, sorang lagi kawan) main bola lah! Tapi main kat perkarangan rumah dia jer, sebab hari tgh panas woh! Korang bayangkan la, budak2 baya kami ni main bola, mmg ler lincah semacam....masing2 nak tiru idola bola masing2. Respirasi memang di tahap tertinggi ketika tubuh mula bertindakbalas untuk membekalkan oksigen kesetiap sel2 otot yg kepenatan.
Sedang sedap menggelecek, tiba-tiba, Syam yg bermain sebagai lawanku tak semena-mena rebah! Aku kaget sebentar. Aku cuba mendapatkan dia, dan ketika aku menghampiri tubuh Syam, lututku pula tiba2 lemah dan aku turut jatuh terkulai...(nasib baik aku masa tu kurus...lalalalalaaa). Otakku kabur, pandangan ku berpinar-pinar....aku cuba meminta tolong tapi tak berdaya membuka mulut. Aku cuba kembali memfokuskan deria-deria ku, dan ketika itulah, satu bau yg amat tajam menusuk nostrilku! Aku seakan-akan pernah terbau gas ini...tapi di mana ya? Masa tu la, Aman, yang menjadi golkeeper Syam, ketawa berguling-guling! BAB*****! Syam yg berjaya mengumpul sisa2 tenaga bingkas bangun sambil mengejar Aman!
"Jubo tak sekolah ke weiii!!! Agak-agak la nak melepassss...tu la, tadi orang larang makan telur rebus banyak2, DEGIL!!!"
Binawe....