Tuesday, March 1, 2011

MAKAN-MAKAN DI SUSHI KING ALAMANDA....

Salam semua! Tengah boring dan ngantuk nih...semalam layan queries dari customers aku sampai 1.30 pagi! Nak buat macam mana, selain kerja gomen, aku mencari pendapatan tambahan dengan menjual toys, so, bila ada potential tu kenala follow up, kalau tak....miss soru!!! :P

Cakap pasal kerja aku ni, so Isnin lepas, 28/2/2011, aku decide to treat myself to a nice lunch. Kiranya cam self-reward la ni, hehehe.... Fikir punya fikir, aku pilih untuk pergi ke Sushi King Alamanda. Satu sebab adalah kerana aku dah lama tak makan sushi, so rasa bangkit selera bila teringat sushi. Keduanya, aku suka suasana kat Sushi King Alamanda tu kerana ia tenang, nyaman dan aku selalu dapat melayan perasaan sambil menikmati juadah dgn aman di sana.

Aku order set Grilled salmon. Memang aku suka salmon ni. Malah , sambil tunggu order aku sampai, sempat bedal dulu isi salmon segar...cicah soryu dan wasabi...perghhhh!!!

Gambar kiri ni lah set Salmon yg aku order tu. Ada kentang, ada cawan mushi, ada miso soup, ada nasi, and of course grill Salmon tu. Air Yakult tu mmg free dgn set. Apa lagi, baca doa makan, pastuuuu....zzuupppp! Urrrpp...Alhamdulillah. :D

Tapi ni nak cerita ni...heheheeheh. Masa aku tengah makan tu, masuk la satu group 'ahmoi', dari gaya nampak high class. Lawa2.....heh. Kebetulan diorang duduk seat belakang aku. Takpelah, time lapor ni, peduli apa aku awek cun tak cun. Tiba-tiba terdengar la depa dok sembang sesama sendiri dalam bahasa Kantonis campuq Inggeris, sambil nak order makan. Aku lak pi gatai pasang telinga. Dan-dan tu jugak aku nyaris tersembur susyi dari mulut! Muahahahah! Mana taknya.... "Give me one SOLOMON set ya?" Jahat ketawakan orang, tapi seyes, nasib aku sorang haritu, perit aku menahan wasabi yg tersedak tadi! Nasib tak jadi isu dalam internet: "SUSHI KING MENJUAL NAMA NABI SULAIMAN DALAM MENUNYA". Ya la, orang kita kan suka sebar dan percaya cerita2 sensasi dan penuh konspirasi ni....nasib baik tak konspitasi!

Lepas tu baru aku concentrate perbualan mereka. Laaaa....ku sangka 'ah moi'...rupanya "ah lian', heheheh. Buat yg tak tahu, 'Ah Lian' ni istilah dalam masyarakat Cina bagi perempuan2 yg agak 'bimbo'. Kalau lelaki dipanggil 'Ah Beng', faham kan? Dalam masyarakat Melayu, aku rasa istilah paling tepat, dipanggil 'perak', sebutan 'pe' as in 'pe-tai'.

Lepas tu lagi kelakar, tgh2 depa dok rancak makan dan sembang, tiba-tiba salah sorang dari depa panggil waiter tu. Si waiter ni pegilah nak tanya apa permintaan pelanggan dia ni. Sekali korang tau (mana korang tau, ye tak?), diorang bantai mintak CILI SOS!!!!! Tersipu-sipu waiter tu explain kat Sushi King takder cili sos....

Adeh! Aku tak tahan dah....aku pekup mulut aku dengan tisu, pastu buat-buat batuk. Padahal, tengah qada hajat ketawa nak rak! Nasib aku dah habih makan masa tu.

Cepat2 aku gi bayar bil dan chow dari situ....kat luar aku bantai gelak puas-puas! Hahahahaha, lantak org tengok! Chow babeh!

6 comments:

Anonymous said...

aikk??
mkn susi tak ngajak...

sedapnye susi..

boyarque said...

kuar pon tak sengaja...nggak sempat ajakin...

sayalah shelly said...

alahai...sedapnye...
tingin lama dah nk mkn..
tapi xsampai seru lagi..
hahakz

boyarque said...

heheeh....sekali sekala pekena mmg terasa nikmatnya!

RevenantJacxalz said...

LOL! Teringat aku adik aku cite ada budak nak order colonel burger kat KFC, "Bagi saya KOLONELL Burger satu!" At least she got the "C" part right.

Rugi ko pg sorang2 kalo ada member bleh bantai gelak cover yg konon2nya korang tgh joke sesama sendiri.

Takpun lain kali ko kuar henpon cakap sorang2 pastu bantai gelak nnt diorg ingat ko tgh gelak kat org dlm henpon tu.

Mastura Rusli said...

xbaek gelak kn org tau..tp kan....hahaha..lawak je! "solomon"??!! kikikiki.. mntk cili sos tu standard la tu..mmg rmai je customer xtau sushi king x sediakan cili sos.. :)