Wednesday, March 7, 2012

SBPA Dibatalkan !!!!


Hehehe....aku sebagai salah seorang penjawat awam, ketawa kecil baca ni. Bukan apa, sebelum ni kakitangan awam dah berbalah-balah disebabkan isu SBPA. Buat yang tak tahu tentang isu ni, ada sedikit petikan dari http://www.ammboi.com :

"Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Jan 2012 dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik. Perdana Menteri juga mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan untuk penjawat pada masa depan.

Perdana Menteri juga mengumumkan :

  • Pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54
  • Bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus)
  • Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan
  • Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus)
  • Jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.
  • Kenaikan Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.

Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman itu pada perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Berkenaan isu SBPA dan SSM ini memang sudah lama sangat baru selesai, namun ianya belum selesai sepenuhnya lagi selagi kita tak lihat sendiri Lampiran C yang dikhabarkan bakal menjadi struktur baru gaji penjawat awam dengan pengekalan SSM itu.

Isu bayaran tunggakan bermula 1 Januari 2012 juga kirim salam sahajalah. Dah namanya SBPA dibatalkan maka sudah tentu tunggakannya pun dibatalkan jugak. Pastinya ia boleh dianggap sebagai tidak adil untuk penjawat awam apatah lagi tempoh masa menunggu ini sepatutnya penjawat awam (yang gaji SBPA terdahulu naik banyak) sudah menerima kenaikan gajinya dengan gembira dan suka hati.

Apapun syukur tetap kena bersyukur. Cuma sedikit pesanan kepada pihak yang ‘berkenaan’, lain kali kalau nak buat sesuatu tu bawalah berbincang. Jangan main syok sendiri sahaja. Sekarang kesibukan anda berbulan-bulan tu hanyalah sia-sia sahajalah."


Masa ura2 dulu yang CUEPACS mintak kerajaan naikkan gaji kakitangan awam sampai RM1800, aku dah argue dengan rakan2 sejawatan. Aku rasa permintaan tu tak logik...kalau berdasarkan pendapatan negara kita sekarang ni, memang tak mampu. Tapi mereka beria-ia mengatakan tuntutan itu patut, dan macam-macam la alasan depa bagi, termasuk isu BR1M pun depa heret sekali ( which is a moot point actually, sebab BR1M mekanisme pembayaran dia tak sama dengan pembayaran gaji kakitangan kerajaan yang lebih bersifat kekal ).

Tapi cam biasala, bila kita argue benda yang tak best, apatah lagi melibatkan gaji, ramai la yang melenting, sampai fakta depan mata pun dah tak dipedulikan. Aku ingat lagi, lepas dah malas dengar depa menegakkan benang basah, aku cakap "Bukan apa, aku tak mau CUEPACS ni terlampau mendesak kerajaan dengan berbagai demand, last2 nanti Datuk Najib kata, sudahlah! Batal je la SBPA ni kalau banyak sangat cengkadak!". Dan balas depa "Takkan la dah announce boleh batal...hahahaah!".

La ni, terima je la apa yang dapat dengan penuh kesyukuran....Allah dah bagi rezeki tu gunakan sebaiknya. Takdakla sampai RM1800, tapi memadai.

Dan pada yang sempat buat loan guna payslip SBPA yang 'terlepas' beberapa bulan yang lepas...kalau dah lebih 60% potongan tu, sendiri mau ingat, jangan dok gebang kat meja kantin dok bising gaji tak cukup ye....



Monday, February 27, 2012

Presenting: Bandai DX VF-171EX!!!

Yes guys and gals, fellow Macross fans! You read it right......Bandai has announced the release of the DX VF-171EX...furthermore, it's the Alto version! * thanks to the guys in Macrossworld for sourcing this info. :)



Estimated release is on June 2012, at the price of 14k Yen.....and judging by the initial response, this is gonna be another sellout!

Keep your eyes open and wait for the PO to be opened at your locals!

Wednesday, February 22, 2012

New Master Grade Releases????

Oh my Oh my Oh my Oh my Oh my Oh my Oh my Oh my.....baru je aku upload posting sebelum ni, terbaca lak dari blog Gundam Guy yang Bandai akan keluarkan dua lagi Master Grade baru!!!

1. MG 1/100 RMS-108 Marasai!!!!


2. MG 1/100 Blitz Gundam!!!
*belum ada pic

Aku mmg suka dua2 ni, lagi lak Marasai....sebelum ni asik2 Zaku je...heheheeh...Go Bandai!

MG 1/100 Gundam Unicorn Full Armor Ver. Ka

Wallauweiiiii.....dah 2012??? Lama giler aku tak update blog aku ni..hehehe...sebenarnya, sebelum ni server ofis aku block akses ke blog2, rumah lak pc aku dok wathal....so hilang jap semangat nak blogging nih.

Anywhoooo....tadi try2 boleh lak masuk blog aku ni, so meh aku share sket aku punya WIP (work in progress) model kit ni, Bandai Master Grade 1/100 Gundam Unicorn Full Armor Ver. Ka.

Ni gambo kotak:


Ni gambo isi, punya banyak runner :



Untuk pengetahuan semua, Gundam Unicorn boleh tukar mode dari Unicorn mode ke Destroy Mode. Untuk Destroy Mode, kit ini agak istimewa, kerana psycommu frame yang berwarna 'clear green' tu boleh bertindak balas dengan LED! Ni sample gambar dari blog GundamGuy:



So, aku suka coat model gundam aku dgn matt coat utk nampak solid dan 'real'. Tapi aku taknak la coating tu kena pada part 'psycommu frame', sebab akan hilang la efek lutsinar tu.

SO aku ambik keputusan untuk panel-lining dan pasang decals pada outer armor dan add-on parts terlebih dahulu, spray coat semuanya, dan baru pasang pada main body, with the frame... :)

Kali ini, aku baru sempat siap unit Jabber Base Type 94 dulu:







K, sampai sini dulu...nanti siap aku update lagi....kalu takder aral aaa, hahahaha...

Sunday, November 27, 2011

Misi melantak sakan~Return To Ipoh


Weekend lepas, mak aku ajak bercuti di Ipoh. Aku mmg asal orang Ipoh, so agak nostalgia la perjalanan kali ni...lama weh tak balik!

Kat Ipoh aku lepak kat rumah Mak Teh, adik kepada Mak aku. Dia ni la yg bermurah hati sponsor segala makan minum kami selama dua hari dua malam di sana....terima kasih daun keladi la jawabnye... :p
Meh ikut aku breakfast dulu....



Haaa...ni lokasi pertama aku, sudah tentu la sarapan pagi! :)
Dah lama aku ngidam mi camni, kat tempat lain takdak, kalau ada pun yang non-halal ler...yg ni yg buat mi dan segala jenis fishball dan fishcake adalah akak kat atas tu...seorang Cina mualaf. Dia ni bini no.2 tokay, dan sama2 meniaga dgn bini no. 1...aman harmoni you!





Aku order mi kicap...power seh! Dan mmg tak lengkap la kalau aku tak order satu mangkuk extra fishball! Kari melekat! Padahal set mi kicap pun dah datang dgn set sup fishball dia, hahahaah!


Ha, set roti bakar dia pon mengancam weh....dah macam bijik mata terjojol! Untuk pengetahuan anda, telur tu dibakar ye, bukan direbus....fuhhh...



Next, tak complete pi Ipoh kalau tak pekena.....NASI GANJA!

Rilek, rilek...hehehe, ni 'ganja' halal punya, urine test confirm tak kantoi! Dari aku remaja belasan tahun sampai la sekarang belia 'puluhan' tahun, Nasi Ganja tetap maintain kepopularitiannya...siap beratur pun sanggup tuh! Masa aku sampai nasib baik line tak panjang lagi, heheeheh...



Terletak di Pekan Ipoh, di simpang trafik light, betul2 seberang dari Balai Polis Ipoh.



Hehheehe...ni la dianya, cara bungkus pun masih klasik~ Plastik dan suratkhabar!




Tu diaaaa.....mana nak dapat ni kat Kay El....ayam goreng pedas yg spesel, sotong kari yang segar, sambal kelapa yang menangkap! Eh....aku bedal dulu la yer, Bismillah....

Sunday, October 23, 2011

So, anda gemar membaca?

Hi all...lama dah tak update blog ni...bz semedang...

Mana taknya, ofis sibuk dengan 5S. Haih....

Anyways, antara hobi aku yg lain adalah aku suka membaca. Komik, novel, ensiklopedia, apa2 jelah yang menarik. Walau dgn medium sekarang yang makin canggih seperti Blu-ray lah, wayang 3D la, IMax la....membaca pada aku still jadi pilihan.

Mana taknya, aku ni penakut citer2 seram dan ganas. Ganas ni pada aku sampai tahap mayat bersepai, berdarah, kaki kepala tercabut....heh, tapi dgn membaca, aku boleh experience semua ni. In fact, aku kalau terlalu khusyuk membaca, sampai tahap aku boleh visualise citer-citer tu semua dalam kepala.

Ok lah, sebenarnya aku nak berkongsi dengan korang semua beberapa link yg menarik, boleh buat layan sementara tunggu waktu rehat atau masa-masa kerja tengah tak banyak tu kan. Ye la, baik membaca dari mengumpat, ye tak? Kui3...

Nah!:
Graphic Novel ; dan

Batman vs The Thing?

See ya!

Thursday, August 25, 2011

Revoltech ARX-8 Laevatein has arrived!!


Yesssss!!! Just like the title say....the action figure I have been waiting for appeared suddenly on my office desk!

Since I bought this using SAL shipping from Hobbylink Japan (HLJ), I was not expecting it to arrive so soon! It only took 9 days total! Thank you HLJ! Owh, you guys can still get this figure and many others ( I also buy my Macrosses from HLJ ) from HLJ's website, http://www.hlj.com/ .

Anyways, I can't wait to open up the box and see what the figure can do. I'll make a review later on.

Before I sign off, if you are curious about this mech, please check out the manga Full Metal Panic. It's a fun read, full of action, romance and comedy!

Owh, and to all Muslim readers, SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI!!!