Thursday, January 13, 2011

Kedai Sembangtoys....DIBUKA!!!



1 Januari 2011 (1.1.11)....jam 12.01 pagi Sabtu, akhirnya impianku terlaksana! Yeah babeh....me n partners telah membuka kedai mainan kami. Walaupun menyewa dalam kedai tu, tapi at least it's a beginning...

Kedai ni adalah usaha joint-venture antara Sembangtoys forum ( 10 of us as BOD )dgn kedai bundle Uya Distro, yg dijaga oleh Abang Fathul ( of fathulistiwa fame ). Ianya terletak di Subang Jaya SS15. Chain of events lead to his venture, dan walaupun ada sedikit masalah pada awalnya, namun berkat doa ibuku serta niat kami yg ikhlas utk berniaga mencari pendapatan tambahan yang halal, semua halangan dapat diatasi, alhamdulillah.

Gambar awal pintu masuk ke kedai kami, walaupun baru bukak, tapi variasi stok agak impresif.


Sebahagian dari rakan kongsi Sembangtoys.com tekun menyusun dan mengira stok.


Ini pula sebahagian dari barangan yg dijual di kedai Sembangtoys. Banyak lagi variasi dan stok yg akan masuk sebulan dua ni.

Sembangtoys ni asalnya (dan masih lagi) sebuah forum utk pecinta dan pengumpul toys seMalaysia tak kira apa bangsa, kaum dan agama. Dari awal2 kami cuba memberi kelainan dalam scene toys ni, umpamanya forum ini tidak spesifik pada satu2 genre sahaja, malah hingga mencakupi hobi bersukan sekali pun.
Sebelum ini aku pernah cuba utk menganjurkan satu Ekspo Hobby Collectors, tetapi kekurangan dana serta kepakaran dan pengalaman membantutkan usaha tersebut.
Well, mungkin dgn wujudnya kedai ini, satu platform akan dapat dibina utk melonjakkan lagi nama Sembangtoys? I would love to say YES!

Iklan ini dibayar siarannya, heheeheh.... Sampai ketemu lagi, aku nak check stok jap......:P




3 comments:

birudamai said...

Salam Tuan.
Tahniah tahniah tahniah.
Caya la,pembukaan siap panggil artis.
Pompuan yang tengah tu Nasha Aziz kan?

cantekk said...

tahniah, da maju setapak lagi...
insya Allah saya akan datang tiap ujung bulan..







..untuk kutip duit sewa ;-D ngeh3

boyarque said...

birudamai, thanks!

Cantekk; hampehhh..