Wednesday, December 29, 2010
AFF Suzuki CUP 2010: Malaysia Menang?
So bila berita tentang penyertaan Malaysia dalam AFF Suzuki Cup ni, aku macam...mehhh. Can't blame me, in fact many Malaysian pun rasa benda yg sama...kecewa bila kita beri harapan, dibalas dengan persembahan hambar.
Namun, last game Malaysia bertemu Indonesia di Bukit Jalil, well, yes kita menang 3-0...tapi bukan itu yg menarik perhatian aku, tapi corak permainan Malaysia! Young, energetic players under Coach Rajagobal show their maturity throughout the game! Corak serangan yg agak inventif membolosi barisan pertahanan Indonesia berkali-kali. Buat pertama kali, aku memuji permainan Malaysia.
Jadi menuju ke perlawanan akhir di Stadium Gelora Bung Karno, aku dah mmg 'hyped-up', dan ternyata perlawanan semalam tidak mengecewakan. Permainan penuh semangat kesukanan, dan pemain kedua-dua pasukan tidak mudah melatah atau respon bila dikasari...cam ni la baru pro! Walau Malaysia kalah game semalam, tapi still antara game terbaik aku saksikan oleh Pasukan Malaysia. Dan dari segi aggregatnya kita menang 4-2. Mungkin ini era kebangkitan bolasepak Malaysia? Aku tak mau terlalu berharap, tapi yes, aku berperasaan positif....
Well, I was proven wrong for doubting Malaysia...and I'm glad...
Tuesday, December 28, 2010
Macross Fans Of Malaysia @ Comic Fiesta 2010
Kalau nak tau apa tu Comic Fiesta, boleh refer post aku sebelum ni....
MEET THE CREW
Yg mamat kurus tu group lain, tapi share tapak dgn kami, friendly orangnya. Tshirt hitam tu James Wong, otai MFOM dan sebelah dia Idzwarudin, member forum gak dan kebetulan schoolmate aku masa f1-f5.
COSPLAYERS
Selain exhibition, main attraction di sini sudah tentulah cosplayer-cosplayer yg bermacam ragam dan aksi! Masing-masing ambik peluang utk 'menjadi' karakter kesukaan mereka, samada dari wayang, game, anime mahupun manga. Cuma yg heran, tak banyak atau tak ada langsung2 karakter2 dari komik US, seperti dari DC atau Marvel contohnya. Kenapa ye?
Apa-apa pun, aku mmg tunggu jer nak bergambo dgn depa ni! :P
Couple dia atas ni cosplay sbg Alto dan Sheryl Nome, hero dan heroin dalam siri Macross Frontier. Diorang agak xcited bila aku ajak ambik gambor di booth MFOM, sebab dioran sendiri tak realise Macross ada local fan group.
Aku cam biasa la...tak lepas peluang...ngehngehngeh! Si reza pon mencelah gakkk...
p/s: Renny, dun worry, u still in my heart...hiarkk! =D
Dia ni pun sheryl nome, pon sgt teruja dgn exhibition MFOM. Kami pun teruja bergambar dgn dia...ahak!
Watak gadis rambut hijau kat atas ni agak sensasi sket....nama karekter dia Ranka Lee. Ingat lagi pasangan Alto dan Sheryl? Well, dlm citer yg sama, si Ranka ni pon jatuh cinta dgn Alto..kira cinta tiga segi la...masalahnya, watak dia tu macam masih budak lagi! Aduuuu...
Sapa dah tengok Tron? Ni diaaa...Daft Punk! Cool, baju diorang siap light up lagi!
Ni semua random pics yg diambil dgn event beauties. :P
PERHATIAN: Dia ni bukan event beauty...jantan ni, hahahahaha! Ada gamabr sebenar dia kat atas2 tu...cuba carik...
Cosplay watak dalam citer L, in character sungguh!
Kawan2 aku, regular dalam event2 camni. Respek dgn dedikasi diorang...armor tu buat sendiri tuh!
DISPLAY
Atas tu semua koleksi kami yg dipamerkan. Ada yg vintage macam SDF-1 tu, dan ada yg baru...of course banyak baru ler, heheeh... Vintage mahal tuh kalau nak cari! Maaf, kali ni aku tak dapat nak ronda2 tgk display lain. Crowd control kali ni paling tak terurus, dah la aku mintak barricade utk halang orang sentuh display kami sampai sudah tak nampak!
Berapa kali tah aku terpaksa jadi bonzer....
Tengok la tu, crowd depan kami. Sesetengah tu dah la bawak beg besar bergantung-gantung, langsung tak peka dgn surroundings....main hayun suka hendak tok ayah dia jer! Lepas tu, yg nak ambik gambar tu ambik je la...yg gatal tangan nak usik sana sini tu kenapa? Sekali tumbang display, pucat! Aku cakap jer kat diorang...satu item atas meja ni worth at least RM 500, hati2 la sikit.
Sambutan orang ramai mmg hebat, tgk la...bila ada show apa2 je, ramai bagi support, respek lah!
Mujur kali ni MFOM lebih organised, so dapat clear brg lebih awal masa closing. Balik rumah, penat usah cerita la, naik kembang tapak kaki asyk berdiri jer, hahahah!
Anyways, ni je la yg sempat aku merapu. Sapa2 nak tahu lebih lanjut pasal MFOM boleh contact aku, jangan segan-segan..... K, gotta go now..assalamualaikum!
Sunday, December 26, 2010
Kisah SAKA di Amcorp Mall
Tapi tu la agaknya...dah barang lama banyak di jual di sini, mesti ada 'penunggunya'. Dah banyak kali saya kena...kawan-kawan saya pon selalu gak cerita depa kena. Tapi semalam la, paling meremang..... Tidak seperti kebiasaan, semalam saya drive sorang2 ke amcorp, pasal dah boring lepak rumah takder buat aper. Seperti biasa la...bila dah lepak ramai2, borak2, ngumpat2...lajak lagi sampai maghrib.
Terlupa lak yg semalam tu saya sorang ja...so masa naik parking kat level 4 tu agak saspen, walaupun ada lampu, tapi suasana macam cerita 'P2'.... Tapi keraskan hati, buat2 macho. Selepas masuk highway MEX menuju pulang ke rumah, tgk jalan gelap semacam. Kalau siapa pernah lalu, perasan tak, 3-4 km sebelum tol, gelapnya lain macam di sebelah kiri? Kawasan belukar tu....hati berdebar, tapi pasal ada lagi kereta atas jalan, berani tu datang balik.
Sampai di apartment, lepas parking, terus tekan lif. Kenapa tangan rasa beraaat jer ni.....takpe ah, letih drive kot. Sampai kat pintu rumah, baca bismillah, bagi salam, dan melangkah masuk...
TIBA-TIBA! Mak saya menjerit,"ABANG! Apa tuuuuu...!!". Rupanya ada 'benda' ikut saya balik!!!!! Terus saya lari dalam bilik dan campak 'benda' tu....