Tuesday, December 28, 2010

Macross Fans Of Malaysia @ Comic Fiesta 2010

Salam semua.....lama dah nak post pasal event ni, tapi kesuntukan masa dan kemalasan melanda...hahahahah! Well, Comic Fiesta ni dah banyak tahun berlangsung, dan yours truly dah terlibat utk 2009 dan 2010. Tahun ni agak kelam kabut sebabnya Macross Fans Of Malaysia (MFOM) dipanggil agak last-minute, dan kawan aku, Yong, yg juga founder MFOM, terikat dgn tugas hakiki. So this time aku terpaksa lead.....saspen gak eh, kekeke!
Kalau nak tau apa tu Comic Fiesta, boleh refer post aku sebelum ni....

MEET THE CREW

These guys banyak tolong aku, baik dari segi tenaga, mahupun koleksi-koleksi utk diperagakan. Yg pakai baju spiderman tu reza, dia ni kalu ada, mesti buat lawak manjang.


Yg mamat kurus tu group lain, tapi share tapak dgn kami, friendly orangnya. Tshirt hitam tu James Wong, otai MFOM dan sebelah dia Idzwarudin, member forum gak dan kebetulan schoolmate aku masa f1-f5.


Yg duorang ni pon satu hal, heheehe....kiri tu Din dan kanan tu Hazim, mamat bloggers juga depa ni.

COSPLAYERS

Selain exhibition, main attraction di sini sudah tentulah cosplayer-cosplayer yg bermacam ragam dan aksi! Masing-masing ambik peluang utk 'menjadi' karakter kesukaan mereka, samada dari wayang, game, anime mahupun manga. Cuma yg heran, tak banyak atau tak ada langsung2 karakter2 dari komik US, seperti dari DC atau Marvel contohnya. Kenapa ye?

Apa-apa pun, aku mmg tunggu jer nak bergambo dgn depa ni! :P

Couple dia atas ni cosplay sbg Alto dan Sheryl Nome, hero dan heroin dalam siri Macross Frontier. Diorang agak xcited bila aku ajak ambik gambor di booth MFOM, sebab dioran sendiri tak realise Macross ada local fan group.


Aku cam biasa la...tak lepas peluang...ngehngehngeh! Si reza pon mencelah gakkk...
p/s: Renny, dun worry, u still in my heart...hiarkk! =D


Dia ni pun sheryl nome, pon sgt teruja dgn exhibition MFOM. Kami pun teruja bergambar dgn dia...ahak!



Watak gadis rambut hijau kat atas ni agak sensasi sket....nama karekter dia Ranka Lee. Ingat lagi pasangan Alto dan Sheryl? Well, dlm citer yg sama, si Ranka ni pon jatuh cinta dgn Alto..kira cinta tiga segi la...masalahnya, watak dia tu macam masih budak lagi! Aduuuu...

Sapa dah tengok Tron? Ni diaaa...Daft Punk! Cool, baju diorang siap light up lagi!

Ni semua random pics yg diambil dgn event beauties. :P

PERHATIAN: Dia ni bukan event beauty...jantan ni, hahahahaha! Ada gamabr sebenar dia kat atas2 tu...cuba carik...


Cosplay watak dalam citer L, in character sungguh!



Kawan2 aku, regular dalam event2 camni. Respek dgn dedikasi diorang...armor tu buat sendiri tuh!

DISPLAY





Atas tu semua koleksi kami yg dipamerkan. Ada yg vintage macam SDF-1 tu, dan ada yg baru...of course banyak baru ler, heheeh... Vintage mahal tuh kalau nak cari! Maaf, kali ni aku tak dapat nak ronda2 tgk display lain. Crowd control kali ni paling tak terurus, dah la aku mintak barricade utk halang orang sentuh display kami sampai sudah tak nampak!
Berapa kali tah aku terpaksa jadi bonzer....



Tengok la tu, crowd depan kami. Sesetengah tu dah la bawak beg besar bergantung-gantung, langsung tak peka dgn surroundings....main hayun suka hendak tok ayah dia jer! Lepas tu, yg nak ambik gambar tu ambik je la...yg gatal tangan nak usik sana sini tu kenapa? Sekali tumbang display, pucat! Aku cakap jer kat diorang...satu item atas meja ni worth at least RM 500, hati2 la sikit.


Sambutan orang ramai mmg hebat, tgk la...bila ada show apa2 je, ramai bagi support, respek lah!
Mujur kali ni MFOM lebih organised, so dapat clear brg lebih awal masa closing. Balik rumah, penat usah cerita la, naik kembang tapak kaki asyk berdiri jer, hahahah!
Anyways, ni je la yg sempat aku merapu. Sapa2 nak tahu lebih lanjut pasal MFOM boleh contact aku, jangan segan-segan..... K, gotta go now..assalamualaikum!

7 comments:

Asrul "iLham" Sany said...

owh, ni rupenye muka ko...

hohohoho

boyarque said...

ahak...baru kenai ka? kat sembangtoys dah bersepah daaa...

evilrOse said...

tahun depan ada lagi tak? best tu, nak tangkap pic byk2 ^,~

birudamai said...

Salam Asrul.
Dulu masa aku tak penah jumpa boyarque,aku ingat dia musti mcm bonzer sbb nama dia cenggitu.
Tp bila jumpa rupanya mesra alam orangnya!

Anyway,tahniah atas kejayaan penganjuran tu.Cuma musykil sikit,aritu Hajime kata g interview,tapi apsal ada gambor dia kat sini plak? he he he

boyarque said...

Renny, tiap2 tahun ada, cuma harapnya masa tu udcci...kekeekek!

birudamai, hang abang dia tak perasan ka? Hanigin je kawan aritu? Heheheeheh..

birudamai said...

:-)
Aku rasa dia singgah situ lepas g interview kot
Sbb dia cuma citer org kat tempat interview tu buat hal jer...

-zuh@ili- said...

sbnrnye jime jadi interviewr...dia interbiu cosplay2 dsana.....