Sunday, December 26, 2010

Kisah SAKA di Amcorp Mall



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.....


Isnin terakhir utk tahun 201o ni, heheehe....belum post lagi pasal azam, that one for laters.


Ni nak share kisah pasal Amcorp Mall yg 'berpuaka'! Korang tahu kat mana Amcorp Mall? Kalau sapa2 yg biasa dgn Lebuhraya Persekutuan ( Federal Highway kata org kampung teman ), dia terletak selepas Pintu Gerbang Selangor, menuju arah Shah Alam, exit kedua selepas bangunan KWSP...alah, boleh nampak dari tepi highway.


Well, tempat ni agak famous kerana flea marketnya, di mana kita boleh cari barang2 antik, second-hand, barang2 unik, mainan2 yg powerrr...heheeh... Saya kalu gi sana, mesti lepak sampai pas Mahghrib, surau yg agak selesa disediakan memudahkan pengunjung yg berugama Islam. Ramai yg kenal saya tahu yang saya ni suka toy hunting, terutama dari genre 'Mecha'. So saya akan lepak2 sini pada hujung minggu untuk cari2 toys yg di gemari.






Tapi tu la agaknya...dah barang lama banyak di jual di sini, mesti ada 'penunggunya'. Dah banyak kali saya kena...kawan-kawan saya pon selalu gak cerita depa kena. Tapi semalam la, paling meremang..... Tidak seperti kebiasaan, semalam saya drive sorang2 ke amcorp, pasal dah boring lepak rumah takder buat aper. Seperti biasa la...bila dah lepak ramai2, borak2, ngumpat2...lajak lagi sampai maghrib.






Terlupa lak yg semalam tu saya sorang ja...so masa naik parking kat level 4 tu agak saspen, walaupun ada lampu, tapi suasana macam cerita 'P2'.... Tapi keraskan hati, buat2 macho. Selepas masuk highway MEX menuju pulang ke rumah, tgk jalan gelap semacam. Kalau siapa pernah lalu, perasan tak, 3-4 km sebelum tol, gelapnya lain macam di sebelah kiri? Kawasan belukar tu....hati berdebar, tapi pasal ada lagi kereta atas jalan, berani tu datang balik.







Sampai di apartment, lepas parking, terus tekan lif. Kenapa tangan rasa beraaat jer ni.....takpe ah, letih drive kot. Sampai kat pintu rumah, baca bismillah, bagi salam, dan melangkah masuk...


TIBA-TIBA! Mak saya menjerit,"ABANG! Apa tuuuuu...!!". Rupanya ada 'benda' ikut saya balik!!!!! Terus saya lari dalam bilik dan campak 'benda' tu....







Inilah 'benda'nya yang ikut saya balik.....isyyyyy!!...Amacam, seram tak? Seram woooooo! Daaaa.....








7 comments:

saruman said...

Wow! seramnya! yahoo!

Anonymous said...

saruman: ase2 da lama kot dia tak makan plempang..huh

nah, hamek ni,

panggggggg!!!!!!

ha...ni baru la angker.. ;-D keh3

boyarque said...

ah...pelempang yg sungguh lembut dan gebu darimu.....

birudamai said...

Allah seram gila bang!
Tengok muka Masrul kat atas tu lg menambahkan seram!!
he he he

Asrul "iLham" Sany said...

HAHAHAHA...LAWAK DOWH...

ko ada bakat jadi penulis lawak...

boyarque said...

heehehe...thanks guys, sudi lawat blog bengong2 aku nih. Idea tgh otak biol2.....

darkwing54 said...

mmg kne rasuk daa....brpenunggu btol amcopmall